Friday, September 23, 2016

perubahan.


benarlah orang kata. nak berubah kena ada niatnya. kena betul paksinya.
berubah lah kerana yang esa. bukan kerana mahu jadi sanjungan manusia.

manusia ni hanya nampak luaran. bukan apa ada di dalamnya.
manusia ni hanya mahu lihat hasilnya. bukan usaha di sebaliknya. 
manusia. memang tak akan pernah cukupnya.

kau pacaklah perubahan tu untuk si Dia. 
kau tetapkanlah ikhlas kerana Dia. 

insyaallah. 
pasti perubahan tu indah rasanya. walaupun hanya sejengkal cuma. 

-unguisme-

Sunday, August 28, 2016

tenkiu abg..

terima kasih daun keladi.
lain kali belikan lagi.

malu sebenarnya -- mcm aku ni busuk sangat je.. haha.

apa pun, tenkiu abg ~
ily laaaahhh. hihihi.

Wednesday, June 22, 2016

rindu ini membunuhku!

malam ni sayu.
bukan sayu sebab apa pun.

cuma -- rindu.

rindu raut wajah dia.
yg garang acah-acah macho tuh.

rindu suara dia.
yg tempo lari nyanyi lagu jamal abdillah.

rindu ketawa dia.
yg kuat tapi x panjang.

rindu susuk badan dia.
yg tinggi -- lebih kurang aku.

rindu bau dia.
yg wangi -- silap2 wangi dia dari aku.

haishhhh..

agaknya ini lah gatal org nak kawen ekh??
HAHAHAHAHA.


Monday, March 28, 2016

ikhlaskan hati.

mak selalu pesan.
buat sesuatu kena ikhlas.
sabar.
jangan marah-marah.

biarlah orang buat kita --
jangan kita buat kat orang.

yup.

aku cuba jadikan itu satu iktibar dan suntikan semangat untuk lalui hidup.
InsyaAllah.

Sunday, February 14, 2016

tiada seperti awk..

awk,
tiada kata secantik bahasa.
tiada manis seperti gula.
tiada merah sepekat darah,
tiada harga semahal awk..

terima kasih awak kerana sudi ada :)


Wednesday, February 10, 2016

hati perempuan --

susahnya nak disayangi.
bercakap salah.
tak bercakap lagi lah salah.

aku tak kata memilih dia itu terpaksa.
Allah dah susun indah -- dia mmg istimewa.
Aku terima.

Tapi kadangkala --
kata-kata,
sikap dia,
perbuatan,
terlalu merasakan layaknya aku hanya berbakti kepada dia --

Aku tahu niat dia baik.
nak bimbing.
nak didik aku.
supaya aku tak leka dan lalai seperti sebelum-sebelum ni.

Aku sedar dia bakal imamku.
dia bakal syurga buat aku.

tapi,
dalam tempoh bertunang ni,
wajib ke aku sentiasa ikut semua kehendaknya?

sampai kadang-kadang --
aku menolak adanya mak dan ayah.
aku menolak adanya keluarga.

berdosa ke aku?
layak ke aku jadi anak solehah di mata mak dan ayah?

Ya Allah -- aku buntu.

adakah ini semua salah aku?
terlalu ingin menjaga hati sampaikan buruknya keluarga aku buka.
dan baiknya dia aku canang sehingga semua jadi indah -- tidak langsung ada celanya??

Saturday, January 16, 2016

ALHAMDULILLAH ~


syukur. syukur. syukur. 
atas kurniaan yang amat besar ini Ya Allah.

akhirnya aku jadi tunangan orang.. hehehe,
siapa sangka kan..

walaupun majlis kelam kabut -- ringkas gile.
aku yg masak -- pasang skirting -- buat hantaran -- hidang lauk --
then,
aku jugak yg bertunang.

tp, akhirnya selesai.

seronok sangat.

tak tahu nk kata. 

thanks Allah.
thanks mak ayah.
thanks adik beradik.
thanks kawan serumah.
thanks dia.
thanks keluarga dia,

so dah boleh counting days ke ni?? hihihi.