sape.folow.aku.bagi.seposen

Saturday, July 30, 2011

naseb perempuan.

assalamualaikum.

semalam sedang aku berkerja bermati-matian kat cc. tiber2 hp bunyi lagu "proposal daisakusen ost". 
oh amizan kol. hehe. blink2 la jugak. *gatal skit2. rupenye die nk dtg. nk jumpe. aku pon ok. set.

tepat pkul 2 die dtg ngn pakai spek mata hitam-suar pendek-t shirt gambar harimau.

borak2. bual2. gosip2. terkeluar lah ayat ni.

"tu lah. dulu2 aku nak kt ko, ko x nak"

"eh! bile mase?? ko xde cakap ape2 pon''

''ade dulu. mase aku ajak kapel dulu. ko reject aku''

''oh.....*teringat. emm dah ko tu pelik2. ajak wat bnde bukan2''

''ape plak bukan2. aku ajak kuar jek. ngn nakal sikit2. tu ujian je tuh. nmpak sgt ko ni jenis org y carik y perfect jek. kite ni jadik org patut terima setiap manusia tuh kurang die. lebih die''

''tapi... ''

''skrg... naseb la ko. bulan 10 kang dtg kenduri aku eh''

****************

kadang2 kan. aku mmg betul2 x phm ngn lelaki neh. serius. ye ngn dahi aku berkerut ni ketika ini.

jadik org y berprinsip sgt pon
kene reject gak

jadik org y x berprinsip pon
kene reject jugak

dua2 situasi tuh aku dh penah rasa.

so? 

sebagai org y tengah carik jodoh ni ...ibu ibu bapak siapa y punya anak tolong aku, kasihani aku, tolong carikan diriku... eh eh. oke. serius.
lagi sekali.
sebagai gadis ayu y sedang carik jodoh ni. ape sebenarnye y aku eh saya kene lakukan ye?

konfius.
bengang.







ehem2.
sebenarnye.

dah xde jodoh pon. haha. 
ape nak heran kan. 


kepada amizan. huh. ko mmg poyo. hahahaha :D

ok3. 
aku dtg kenduri ko kang.

bye2.


motif sebenar entry ni ; sorang lagi calon org-y-suke-aku-aku-suke-die dah nak kawen. 2 jek.

:)





thanks!! with love ; ipa faiza.

Thursday, July 28, 2011

hargai.saat.itu

assalamualaikum.

amaran! entry ini panjang. x nak bace? oke. sile kan klik ke atas tepi tu k~ :)

semalam aku bertolak ke UPM. nk settle hal graduasi. ade titik-titik air mata bile dah dapat surat comfirmation y aku ni dah tamat belajar. hehe. 
walau pun cume dapat ijazah kelas kedua tinggi atau bahasa omputeh nye second class honour, *ye aku tahu aku x pandai mcm kau. tapi aku sangat berbangga. sampai hidung kembang. eh satu badan kembang dah. haha. 

pergi naek JKU (&@%. saga hijau-terang aku.

dr umah aku, berdua. elly fly ke umah aku dulu. so, pagi rabu kitorang pon ship off ke muar. nk amek wak liq. aka hazlin anen.
selamat sampai. *oke. aku sesat sebenarnye. tapi, bukan salah aku. dh ke'confident'an aku mmg sgt tinggi pagi tuh. ditambah pulak ngn bas mayang sari y wat muke x bersalah lalu sebelah aku. jadik aku pun yakin la. walaupun dr bt pahat ke pt. pechah cecah 2 jam setengah. *ye. aku tahu mmg x patot. haha.

tambah2. tolak2. pkul 10 gerak dr muar. 

pkul 12 sampai komuter. amek mimiot. gerak ke UPM. 

ah malas la cite y ni. nnti entry aku jdi harry porter punye cite. kene sampai bersiri2 pulak. haha. *aku mmg bajet bagus sikit2. haha.

oke. sebenarnye nk sampaikan y ni jek.

saat ini. ye. sekarang.
sejak semalam. semalam y indah.
aku faham. aku sedar.
banyak sebenarnya yang kita dah kongsi. dah lalui.
perit. sedih. payau. pahit.
sakit. sihat. suka. suki.
semua perisa ada. semua rasa ada.
macam astro. y dah naik harga tuh.
alamak lari topik.

antara kita sekarang.
ye. sekarang.
jauh berubah dari yang dulu.
kau. aku. kita macam dah satu.
tapi nampak mcm berdua.
sbb bersatu dgn lemak2.
oke. lari topik lagi.

dibuang. dikhianati. dicaci.
xpe lah. resam dunia.
kita pun dh lali. apa nak hairan.
mulut dia. hak mereka.
kita?
senyap. tunduk. namun tersenyum.
bahagia.


tak akan ada yang faham. serius. x akan ada.
yang aku begini.
yang kau begitu.
yang kita sedianya kita.

kita tak sempurna. memang tak.
kita buat silap. siapa yang tak.

aku cuma nak kata.
aku sangat hargai kamu.
dan 
harap kamu juga begitu :)

*ye bukan puisi indah. aku tahu. tapi sungguh ni. aku ikhlas. 

ok. phm da?
x jugak. 
jeles lah tuh. kau jeles kan??
(dalam hati kau kate ni kan 'elehhh. poyo. boleh blah')
eh dah blah da. kau y macam x bagi jek.
haha. maseh x phm dan x suke ea.
iye lah. *aku mengerti kau sengal dan penuh hasad dengki.

hahaha.

dah2.

tgok je la gambar2 ni.

 ye. aku sedar. aku dan mereka2 ni bulat2. haha.

 bulat2 sbb suke makan2. hehe


bukan name sebenar.



tepek gambar aku. wajib lah.
ape nampak macam bukan aku.
mcm siape??
mcm adibah noor ke.
*sejak bile adibah noor pakai tudung??
haha.

oke.
babai.

thanks!! with love ; ipa faiza.

Tuesday, July 26, 2011

contest link saya unik by flynn's diary~

assalamualaikum.   
haih~ eksaited ni nk join. jom3.  
kali ni mencubakan diri untuk join contest CONTEST LINK SAYA UNIK.     

     

syarat penyertaan:    
  * Follow blog INI      
* Copy and paste gambar di atas sebagai banner     
* Buat satu entry mengenai Contest Link Blog Saya Unik ini    
* Berikan sebab kenapa anda memilih link blog anda   
  * Tag tiga blogger lain    
* Tinggalkan link entry anda di Shout Mix atau Comment Box        


oke. link blog saye ialah unguisme.blogspot.com. sya memilih unguisme sbb nk tunjuk y saya sedang mengamalkan satu semangat obsess pada kaler ungu. ala-ala patriotisme tuu. so semangat y  ipa pegang ;unguisme ler. kui3. lagi pulak bile tgok betul2 ayat tuh. ungu is me. so ungu itu aku. simple but yet meaningful. :)    

tarikh tutup: 29 AUGUST 2011
  hadiah pertama: Top up RM30 
hadiah kedua: Top up RM20


ok. done.

so,
sekarang tag


hahaha.
semua geng2 ungu neh.

bye2.

thanks!! with love ; ipa faiza.

Monday, July 25, 2011

sihir itu x cool.

kisah 1.

sbb tanah. sbb harta. sbb duit. kau hantar 'bende2' kat mak ko sendirik.
dah lupe ke. sape y lahir kan ko. y jaga.
oke. even mak ko tu x bape nk cool.
tahu. mmg fakta. syurga ko kat suami.
but, ade la pulak hukum kate. ko leh tempah neraka sbb sihir mak ko?

kesan sihir.
sampai skrg terjerit2.
kadang2 mcm menangis. menyesal akan bende y x pasti ape.
malam je mule mengamok2. panas.
kurus kering. tp badan berat giler.
susah nk pejam mata. terseksa.


kisah 2.

dulu bercinta-cinta. ber kasih-sayang.
skrg bile die x jadik kawen ngn ko. ko hantar 'bende2' ko tu mengganggu.
hilang sayang. timbul dendam.
hey manusia! lupe ke?
jodoh n pertemuan itu urusan ALLAH.
oke. mungkin terasa kecewa dikhianati cinta.
tapi. apa gune rasa redha y ALLAH cipta tu?
haih~

kesan sihir.
sampai skrg x leh mengandung.
mengandung jek gugur.
tiap2 malam di ganggu ngn suara2 halus.
hidup sentiasa x tenang. dlm ketakutan.
terseksa. menderita.


manusia mmg lemah.
suke kan bnde2 y indah.
dah fitrah.
tapi.
kenapa seksa jugak y ko nak orang2 rase.

Allah dah kate.
jahat itu di balas dosa.
sihir itu di janjikan syirik.
syirik tu pulak berdosa besar.
boleh keluar dr islam.

untuk y hantar sihir.
it simply not cool oke.
mcm buat belakang la. x syok kot.
marah ke, x puas hati.
depan2 la.
settle.

and if x settle gak.
REDHA.
satu perasaan y sangat indah bg y betul2 rasa.
susah. sape kate senang.
tp ganjarannya.
masyaALLAH.

and bg y terkene tuh.
IKHLAS lah.
Allah maha adil. maha penyayang.


**jgn aku plak kene sbb wat entry ni sudah.
**NAUZUBILLAH~
thanks!! with love ; ipa faiza.

Thursday, July 21, 2011

[x tahu letak tajuk ape]

assalamualaikum.

sejak2 aku keje kat cc ni. aku dilimpahi kasih sayang internet yang berpanjangan. dr pkul 10 smpai 6 petang ni.

aku dh mula jadik silent blogwaker. hah? ade ke istilah ni. ahh lantak.

x de la. maksud aku. g blog org. bace entry die. dr mule2 die tulis sampai la skrg. aku bukak balik2 entry lame2 org tuh.

kdg2 smpai berejam. bace n bace. pas tu gelak2. pas tu dtg cemburu. ye lah. cemburu sbb entry org2 ni pd aku semua best2. tp bile aku bukak entry aku dulu2. hallamak! x best sungguh. haha.

mcm semalam. ade la dlm 4 jam aku ngadap blog budak ni. semua entry2 die aku bace. best. aku suke. gaya die tulis mmg sempoi. tgok2 org nye pun cun. followers pun 1000 lebih dah. sweet2 sengal entry2 die ni. haha.

blog cik ungu.
dah bace2. aku biarkan. tanpa bg komen.
 
tu tande2 aku bakal jdik stalker ke hah?

so, hari ni aku tgah carik mangsa baru. siapa lah blogger y bakal aku bukak entry die satu persatu hari ni?? 

ok. bai.

thanks!! with love ; ipa faiza.

Wednesday, July 20, 2011

Tuesday, July 19, 2011

malang.itu.x.berbau.

hari ahad lepas. kak ipar aku. kak julie kene masuk dlm wad. sbb nk observe baby dlm kandungan die. kate doktor posisi baby tuh mcm x stabil la. kejap2 die songsang. kejap2 die ke bawah. aku ni x de la bape nk phm sgt. tp xde la serius sgt.

so, mlm semalam. anak2 abang aku tido n lepak kt umah kitorang. sbb ibu diorang kt spital kan.

smlm dah kuar. alhamdulillah.

tapi. hari ni. pagi ni. tadi ni. abang aku plak. aka husband kakak ipar aku la kan. abg romie. excident!! 

haih~ seraaam betul. pagi2 aku dh dikejut suh hantar ayah aku g pt. karjo tgok moto. hancur lebur moto tuh. y kelakornye abg aku tuh die boleh lnggar lembu!! tp mengikut saksi2 kejadian  mmg byk lembu kat situ. 20-30 ekor. tuan die boleh biar jek mereka berkeliaran. 

ayah aku td hampir2 jugak mengamuk. mahu carik tuan die. koling sane koling sini. tup. dapat lah tahu y owner lembu2 itu mmg bermasalah pon. asik kuar masuk penjara. penah ade org mati kot sbb bnde y same. langgar lembu die tu la. lembu byk. tp mmg x dikandang. pelik betul.

ayah aku. 1st tyme die kutuk org

"kdg2 org y bela lembu ni, perangai die pon same mcm lembu"

hehe. kelako mmg kelako. tp abg aku tu kira mangsa y dh ke4,5 kali. so,plis la kan. amek le tindakan.
tp. adat la org2 kampung.

kite langgar lembu die, kite y kene marah. ckp kite xde otak. haih~

so, kire mereka hubby n wife tu bergilir la check in kt spital.

ni ptang aku jd driver jap. hantar. 

tu lah. malang x berbau kan~ 

ok. bye~



thanks!! with love ; ipa faiza.

Saturday, July 16, 2011

ragam anak murid.cikgu praktikal.

 assalamualaikum wbt.

 aku dh tinggalkan sekolah praktikal aku SMK SERI AMPANGAN hampir sebulan dah. tp msj2 di fb, sms dr budak2 sekolah maseh x henti2. hehe. lucu jugak bile nk pk2. 

+  cikgu!! sy rindu sgt kt cikgu. ari tu sy masuk bilik kaunseling sy terpanggil name cikgu. semua tgok sy. malu betol. sy lupe cikgu dh x ada  +
+  cikgu nak tau x. bilik kaunseling skrg gelap jek. xde org nk g. semua org rindu kt cikgu n cikgu fazil  +
+  cikgu nk tahu x. skrg ni, die diam jek. kdg2 x dtg skolah. sbb die boring cikgu dh xada  +
+  sy rase skrg kan x best je. lau cikgu n cikgu fazil ade mesti best kan  +

dan berbagai2 lagi 1001 situasi la budak2 ni akan mengadu.

agaknye. ini ke ragam cikgu2 praktikal?? 

dtg hanya 3 bulan tp d syg n d belai mcm cikgu y dh ajar 3 tahun. ooops tp diorang wat ke mcm ni kat cikgu diorang y dh 3 tahun mengajar tu?? hehe.

kenape agaknye budak2 ni suke sgt kt cekgu praktikal ni ek?
maybe sbb cikgu2 praktikal ni x garang kot. baek semacam jek. lnk marah pon still takot2. lau nk denda2 pon denda2 y comel. x lah kejam mcm cekgu betul diorang. haha.

lagi mungkin sbb cekgu2 praktikal ni maseh lagi nk bg insentif kt student y ala-ala baek skit. contohnye. "sape dpt jwb soalan sy, sy bagi choki2". dan sile lah percaya. even ko bg gule2 sebijik pon still jugak diorang akan berebut2 nk jwb. kui3. so, kalu cekgu y lame. mestilah bankrupt lau nk wat mcm tu selalu kan. hehe.
 
lagi satu. cekgu2 praktikal ni maseh lagi rajin untuk membuat set induksi y berbagai2 cara. wat kad cantek2 la. tunjuk video la. bg dgar lagu la. ye la. ape org kate. maseh fresh. cekgu2 lame?? hai. wat rugi mase jek. baek pk silibus bile nk habeskan. hehe.

pas tu. satu lagi y penting. cekgu2 praktikal ni rata2 maseh bujang n anak dara. haruslah pada mata diorang cantek n hensem jek sentiasa. pakai la baju ape pon. tetap nampak comel. haha. pelik. kalau cekgu y dh lame2 tu kan. dh busy byk keje lain y nk d pk. lau y pompuan. kdg2 tudung tu rotate 2 kali dlm seminggu. hehe. ni aku tgok pengalaman kakak aku la. hehe.

ape2 pon pengalaman jadik cikgu praktikal ni seronok. sbb mase nk pindah dpt hadiah y sgt2 byk!! kui3.

ok2.

meh la tgok serba sedikit ragam mase aku jadik cikgu praktikal. hehe.


 ni mase aku ngn fazil wat kursus asas prs. 

 ngn bebudak sketsa y dipuji selambung2 sbb sketsa diorang best. haha

 ngn burung perasmian minggu anti-dadah.

 kenangan. jamuan oleh bebudak belah petang. 

 ngn student y muke die mmg wat aku teringat kat encik~ hehe

 ni lah tempat aku curah tenaga selama 12 minggu. 

 
 mural y didesign khas oleh aku. ceh3. lawa kan? 

 ni jamuan oleh budak belah pagi. dan juga oleh student y paling rapat ngn aku. :)

fuhh dpt kek besaaaar!! 


dan. akhir. aku la. 
cikgu norfaiza ~ 
haha.

ok. bye.








thanks!! with love ; ipa faiza.

Friday, July 15, 2011

maaf. aku dh serik.

smlm aku dapat msg. dr number unknown.msg tu tulis ni.

"salam. sori kco. Aku ni ***.. em, aku nk mintak maaf untk sume bnda y aku dah sakitkn hati kau slm kte kenal.. sama ad mngumpat, mgata, memaki, menyindir scr trg2 atau blakang2.. Ak mintk maaf sgt.."

emm. terkejut sebenarnye. sgt. tp jujurnye aku dh x rasa ape2. 

bukan sbb hati aku keras or hati aku batu tuk tidak rasa ape2. cume mungkin ayat y paling sesuai. aku dah serik. 

serik. tawar hati dah. mungkin aku tidak percaye ke atau aku rase dh terlalu biasa. entah la.

bukan sekali. bukan 2 kali. tp dah byk kali terjadiiiiii (ikut tone lagu sepah dlm maharaja lawak k)

untuk org itu :
bkn aku x nk reply atau bg respon atau ape2.
bukan benci. sedaya upaya untuk tidak membenci.
cume bile aku kata aku dah lepas.
aku betul2 maksudkan nye.
aku mmg dah lepaskan kau.

"ya Allah. kau buka kan lah pintu hati ku agar aku tidak terus benci membenci sesama makhluk. Kau lembutkanlah hati ku ini agar aku tidak terus menerus mencari kesalahan diri nya. Kau selamatkanlah aku dari api dengki mendengki. Kau jauhkan kan aku dr sifat-sifat yang keji. Sesungguhnya aku masih sayang padanya. Segala yang baik ingin aku simpan dan yang buruk kau bantu lah aku untuk buang jauh-jauh. Selamatkanlah hubungan kami, Ya Allah "




i.k.h.l.a.s

kenangan


ok. bye.
wasalam.

thanks!! with love ; ipa faiza.

Thursday, July 14, 2011

oh. x sabar.

 
 
"MAJLIS KONVOKESYEN UNIVERSITI PUTRA MALAYISA KE - 35 TAHUN 2011"

Tarikh : 15 - 19 OKTOBER 2011
(Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu)
Tempat : Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) Universiti Putra Malaysia
 
 
 
Oh. x sabarnye~
 
tapi...........
emm dapat ke mak n ayah g?
sedey bile nk kene pk. :(

thanks!! with love ; ipa faiza.

Wednesday, July 13, 2011

Monday, July 11, 2011

ayat pengasih ♥

smlm aku bgtau ayah aku. y kawan lame aku. name onel dah tunang. bapak aku wat muke terperanjat. ayat 1st y kuar dt mulut ayah.

"ko?? bile pulak? hmmm"

aduh. mmg topik ni aku sgt3 sensitif. jadik smlm gak ayah aku marah aku lagik.

"ayat surah yusuf tuu ko x hafal n amalkan ea?"

alamak? aku mmg dah lame x bace. mmg x ngat dah pon ayat y mane.

so, kali ni aku berazam untuk mengamalkannya. insyaALLAH.

sbb dulu2 eh salah. smpai skrg lau ade ape2 masalah @ kecelaruan minda dlm study. aku hafal ayat ni. sure punye masalah ko tuh akan jadik mudah. 

Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan TadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!

jadik y part jodoh ni. aku nk cube. mana tahu berkat. hehe :)



Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya," Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."
 
 "Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya" dan Aku telah tanamkan dari kemurahan ku perasaan kasih sayang orang terhadapmu dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.
 
 
mudah-mudah lah yer :)
mari lah same2 kite amalkan.

bg yang dah ade pakwe/tunang/suami pon leh amalkan.
supaya kasih sayang y dah ada tu berkekalan hendaknye :)

ok. bye

thanks!! with love ; ipa faiza.

Saturday, July 9, 2011

niat di hati dan lelaki?

niat di hati ...
nak edit blog kasi meletup cun2 habes ...
tapi x menjadi ...
sebelum jdik buruk terus je aku hapuskan dan stick aje pada y asal..
sgt tensen sbb xleh jadik tempalte designer. wakaka. 


lalalala ...


bo san nye ...

badan gatal2. merah2. satu badan. agak2 nye kenape lah. ayah cakap allergic ngn ayam. ayam?? haih~ hilang satu nikmat makan. tp. x sure jugak. sbb da naek 2 minggu.ntah la.. 

lololo~

eh nk tahu something x??

skrg aku n encik da leh msg2 cam bese. aku pon terkejut. nampak mcm xde ape2 dah. tp entah la. lagi pon msg bnde2 xpenting jek. 
x tahu nk rase ape. tp bnde dh jadi. aku jalan je la. 
ape aku rase?? jujurnye....
mesti lah maseh bergetar rasa hati. tp wat2 x phm jek. control. pas tu buang jauh2. jauh2 sane. jauuuuuh betul!

dan nak tahu jugak x mr.bear pon ade jugak msg. ajak couple semula. ajak bina hidup baru same2. tapi... aku x nak. tawar hati da. sgt2.
smlm smpai ajak aku g ayer hitam. nk jumpe. tp aku wat la alasan. nk g bandar. hmm. ntah. no komen.

and up to surprise. abu pon ade gak dtg semula. tanye2 khabar. die dlm plan nk sambung master. bagus lah.dgn awek pon makin ok agaknye lah.

mr.klate?? hmm. hilang daa. dengar2 dh ade kwn baru. calon isteri. raye nnti die nk jumpe. xpe lah. org da x ingin. hehe

eh eh apesal aku cite pasal org lelaki je ni?? haiya.

nak cakap y dah macam2 lelaki y dtg tp satu pon x lekat. kene mandi bunga agaknye~ hahaha.


benci ayat ni. sbb betul~ oh encik. how i wish i just can delete all the things about you... 


oh cinta!! lame nye aku x rase jatuh cinta. haha.

ok la.


sebelum aku mengarut lagi macam2. haha


thanks!! with love ; ipa faiza.

Friday, July 8, 2011

bosan. dulu nak sgt. haha

haih~ aku sedang di ambang kebosanan ni. siyes.

bkn ape. skrg aku wat part tyme kt cc. cyber cafe. huhu. mase apply dulu. aku mmg eksaited giler. sbb ye la. aku pk dpt online hari2. huhu.

sekali msuk 5 hari je bru. aku dh bosan giler2. hahaha.

nk download muvie pon dh x muat axternal.
nk download lagu pon sampai x tahu  nk lgu ape.
nk edit blog pulak x reti. huhu.
nk hadap fb. emm nk muntah.
utube?? ape lg y aku nk tgok..

hahaha. mmg siyes boring.



padan muke. nk sgt. baru 5 hari ni. adoi.
thanks!! with love ; ipa faiza.

Thursday, July 7, 2011

ragam.manusia

mana pergi adab?
mana pergi senyum?
mana pergi bahasa?


org sibuk kate adab itu maruah bangsa.
org sibuk kate senyum itu sedekah, seindah suria.
org sibuk kate bahasa tu jiwa bangsa, indah bangsa kerana bahasa.


tapi kau?


aku tahu kau org besar. org atas. saudara mara org besar.
aku sedar aku org bawah. hanya makan gaji.
jadi
xperlu kenal nama aku
xperlu pandang muka aku
xperlu senyum sebelah mata


xperlu


adatnya. begitulah ragam manusia.
thanks!! with love ; ipa faiza.

Wednesday, July 6, 2011

wordless wednesday #1


miss the moments 
but
hate some of the people~

ahaks!


thanks!! with love ; ipa faiza.

Monday, July 4, 2011

kita yang sebenarnya..

Suatu hari, seorang bapa dari sebuah keluarga yang kaya raya membawa anak lelakinya ke dalam sebuah kampung dengan tujuan menunjukkan kepada anaknya itu kehidupan orang-orang miskin. Mereka bermalam selama beberapa hari di sebuah ladang yang didiami oleh golongan yang sangat miskin.

Di dalam perjalanan pulang, si ayah bertanya kepada anaknya, "Macam mana percutian kita kali ni?"

Si anak menjawab, "Menarik dan hebat, ayah,"

"Kamu sudah melihat sendiri bagaimana susahnya kehidupan mereka yang tidak berharta?"

"Ya."

Bertanya lagi si ayah, "Jadi, apa yang kamu dapat kali ni?" 

Lalu si anak tadi memberikan jawapan yang agak panjang,

"Kita ada dua ekor anjing dan mereka ada empat. Kita ada kolam yang terletak di tengah-tengah taman tetapi mereka mempunyai sungai yang tidak berpenghujung. Kita ada lampu yang diimport di taman kita tetapi mereka ada bintang-bintang di langit pada waktu malam. Keluasan tanah kita sehingga ke halaman hadapan tetapi mereka mempunyai keluasan sehingga ke kali langit,"

"Kita tinggal cuma di atas tanah yang kecil sedangkan mereka mempunyai padang yang sangat luas saujana mata memandang. Kita ada pembantu untuk membantu kita tetapi mereka memberi pertolongan, bukan meminta. Kita membeli makanan kita tetapi mereka menanam sendiri makanan mereka. Kita ada dinding sahaja untuk melindungi kita sedangkan mereka mempunyai sahabat handai yang melindungi mereka."

Si ayah terdiam mendengar jawapan anaknya. Si anak tersebut kemudiannya berkata, "Terima kasih ayah, kerana menunjukkan kepada saya betapa miskinnya kita." 



renung2 kan lah ~ :)



thanks!! with love ; ipa faiza.

Sunday, July 3, 2011

everything went well ~ :)

syukur alhamdulillah result dh kuar td. sgt2 hepi n syukur ngn ape y dh tertulis. walau x secemerlang mana tp ia selaras lah ngn usaha y aku dh wat. x lah pandai mcm korang2 kan? tp, aku suke sgt2. hehe.

ni result aku dr sem 1

 
1. 2007/2008-1  : 3.416

2. 2007/2008-2  : 3.354

3. 2008/2009-1   : 3.372

4. 2008/2009-2   : 3.407

5. 2009/2010-1   : 3.455

6. 2009/2010-2   : 3.465

7. 2010/2011-1   : 3.500

8. 2010/2011-2   : 3.533

jadi. aku akan bergraduat as a 3.533 student la. dpt second class honour kot. entah la. hehe.

jadik. untuk rakan2 y baru dpt result terutama dak2 U 1 malaysia ni kan. TAHNIAH.

sekalung tahniah gak kat my lovely besties. diorang ni lagi gempak2 kot~ tahniah ye. korang mmg bijaksana lah. hehe. :)




thanks!! with love ; ipa faiza.