sape.folow.aku.bagi.seposen

Monday, July 14, 2014

budak-budak skrg tak cool lah.


selamat berpuasa to all.
ALHAMDULILLAH dapat harungi setahun lagi menyambut ramadhan.

hehe.

so, ahad smlm.
aku n hosmate ngn mama lin.
ye.. kwn aku yg lin to dah jd mama to be.
aku?
jgn ditanya pada bende yang tak pasti.. hehe.

kitorang g mkn KFC.
saje. 
aku dah lama sungguh rasenya dah x mkn KFC ni.

so biasa lah.
aku parking sebelah bebudak kolej kot. 
tak pun U yg dekat2 situ.
UNIKL or UITM la rasenye.
dlm 7-8 org.
comel-comel.

meja sebelah sini.
dua org. couple.
aku rase dak sekolah.
sbb wallet die ade nametag ngn keychain patung2 tu.
haha.

dok tunggu buka tu. duduk la memandang.

hmmm..
bebudak skrg dah x cool lah.

sbb ape..

masing2 tangan dengan hp.
tunduk dan bertafakur.
heee bosan nye.

kalau dulu --
aku and geng.
pehhh bestnye!!

mulut memasing x berenti.
gelak-gelak.
ketawa ajek.
ade je bende nak dikomen. nak dikritik.
sorang bukak topik - yg lain gelak.
sorang bercakap - yg lain bahan.
indah.
seronok.

budak2 tu?
cakap tu cakap jugak.
tapi sekejap2 je.
gelak2 sbb selfie pakai monopod.
seminit dua jek.
pastu. diam.
mungkin lah lebih baik sbb org pun x annoying pandang2 ko.
tapi ----
tak ade life beb!!

dulu aku n geng.
setidak2nya 10 kali take gambar.
sbb nak x nak kene masuk semua muka dlm gambar.
xyah pakai monopod bagai.
pakai camera sony ericsson jek.
lagi hebat dr bebudak skrg beb~~~

yg dok couple tu pun tangan memasing pegang hp.
bukanlah aku nk jadi pro-dating ni.
tp dulu--
dulu tau. haha.
zaman dating2 - naik komuter - mkn MCD kongsi -
seronok aku rase sbb 2 jam jumpe.
2 jam tu penuh informasi,
mata bertatapan.
bercakap lah segala ape nak cakap.
baru betul jatuh cinta.

budak skrg??
cakap sepatah. tunduk.
senyum - tp senyum sbb bnde yg kat hp.

aku saspek la kan - diorang beborak guna sms kott.....

whatever pon...
i miss my OLD DAYS..
terbaikkk~

baik xde monopod --
baik xde self timer camera --
baik x yah ade andrioid --
sbb 

zaman itu,
kalau kata hang-out - memang kita HANG OUT--
bukang duduk depan2 sebelah2 tapi mata tak bertentang -

aahh tak cool lah!!





thanks!! with love ; ipa faiza.

Thursday, June 12, 2014

Kenapa BLOG aku berhabuk??


fuuuuuuhhhh.
berhabukk blog beb. ngeh3.
aku bukan sengaja. 
kadang2 mood menulis mmg ada.
tapi, separuh jalan je dah gagal.
sbb ape agaknye ek.

satu.
mmg aku dah xde la lagi mood melayan jiwa sepi lara ni.
ada tu ada lah. kadang2.
tapi baru nak fefeeling jek dah zzzZZZzzzz.
skrg ni aku letak kepala jek atas tilam ke ape mmg cepat je hanyut.
hahaha.
x senonoh kan.
padahal keje cikgu jek. bukan nyawit ponn.

dua.
kerja.
hari-hari balik pukul 3-4 petang.
sampai umah je macam2 keje lain plak.
time ni lah nk basuh baju.
time ni lah nk lipat baju.
time ni lah nk kemas bilik.
pkul 6 dah jengah dapur nak masak mlm dah.
malam?
pkul 9-10 mata aku dah layuuuuuuu~~ hahaha.

tiga.
dengan adanye Instagram ni life dah jd mudah lah.
aku skrg - tak puas hati ke mood ke laut ke.
snap le gambar ape2 - publish.
mood jiwang pon -
snap gambar ape2 - letak ayat sikit2 - publish.
happy pon -
snap gambar mee kung fu - publish.
senang.
x yah nk susun ayat bagai2 mcm ko nak taip karangan mcm skrg ni kan. 
hehehe.
lagi lah ade textgram - lagi senang. 

empat.
jiwa aku skrg pon dah kental kot~
hahaha.
bukan ape mase zmn belajar dulu --
makan megi kari dgn air masak -  tacing.
tengok sunset - tacing.
bangun lambat g kelas - tacing.
betul.
skrg aku rase dah boring nak tacing2 ni.
jadi sometimes at the end of the day aku ok.
jiwa biase2 jek.
tak macam dulu.
selalu sgt emo-- 

aku rase tu jek.
sebenarnye mmg halangan aku skrg nk berblogging bagai ni adalah ---
MASA.

xde masa nak ngadap lappy.
xde masa nak blogwalking.

hehehehe.
but, i do miss this a lot.
rindu ni-- yg skrg aku tgah buat.
duduk - kenang - taip.
best.

so, don't u guys fret,
i am still here.
cume, a bit busy with my duniawi stuff.
hai - bilalah nak insaf ye.

esok-esok aku ade BIG EVENTS ape2 ke --
aku publish jugak.

cume cepat atau lambat je lah.
ngeh3.

until then,

.
.
.
.
.
PUBLISH>





thanks!! with love ; ipa faiza.

Friday, November 29, 2013

saje nak buang habuk. hehe


lamenye dah x menulis.
rindunye ni ALLAH je yg tahu.

so, just want to share my letest things...

so far for this year
banyak lah bende yg aku dah dpt achieve.

yg besar2 lah. yg kecik2 nak bgtahu ke?
hehe.
tak payah lah ek.

aku dapat rase jd warga PRU13.
mmg tak terkata. penat + penat + penat.
kalau nk kate aku buruh time tu pun ye jugak.
8 pg sampai 12 mlm non-stop beb.
aku pulak kerani 1.
nak rase penat die camne?
ko jerit nama org dlm 600 lebeh, satu2. 
ko jerit 1 sampai belas ribu. satu2.
haa?
got it?



aku dpt baju sempit hari tu. so, mmg terkepit2 je laah.
seksa!



aku dah dpt g kursus induksi.
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA.
5 hari berkampung kat hotel.
maknenye one step je lagi nk dpt title sah jawatan.
mase aku g ni. musim jerebu giler2 melanda johor, melaka. ingat kan.
and
aku demam sungguh-sungguh time ni.
sampai lost 5kg! wow x wow la kan... hehehe.
and 
last month aku dah sign up semua form sah jawatan tu.
and alhamdulillah
the process are going to be good sbb xde borang yg kene tendang.



mase ni aku kaji. mmg xde sekeping pun muka aku. pelik bin ajaib.
mungkin tersampuk demam buat aku jd xde mood. 


2nd thing.
aku dah g interview for 
KAUNSELOR BERDAFTAR.
berderau due buat aku x tido 2 mlm.
pegi ngn elly, ngn ain.
and turned out die xde lah susah sgt.
and
i'm passed!!
yeay.
so i am now a KB.
boleh lah dah wat sesi kt org2 luar bukan kt skolah jek.
ngeh3




lagi satu good news sgt2.
aku dah x di offer kan class untuk mengajar next year.
sgt2 teruja untuk jd full counselor.
kalau sblum ni aku cume membantu.
but for next year---->2014
kak asma dah bg fully responsible utk urus beberapa program.
yess. sgt teruja utk lakukannya.
harap-harap i can do it!!

and the most good news is.
alhamdulllah.
hati ini sudah dimiliki.
harap2 dia lah yg last. hahaha.
tak sanggup dah nak rase.
penaaaaaaaaaat!

tp, biasalah dlm relationship xdek yg xde ujian and dugaan.
with him, peh terasa bebanannye.
tp jauh di sudut hati.
i'm happy with him.
:)


ni mase2 mula-mula jumpe lepas chat2 dlm fb. gayut kt tepon pun x penah.
nampak mcm mesra, rapat2 gitu kan.
tp percayelah. waktu ni aku boleh kire patah perkataan yg keluar dr mulut masing2. hahaha.
balik dr first meeting ni la, die kol n baru lah gatal2 menjadik...
euwwwww. hahaha.


so.... itu aje kot. for now.


thanks!! with love ; ipa faiza.

Wednesday, November 20, 2013


Test2.

Allah, berhabuk berdaki nye blog aku.
Hahaha.
Ini membuktikan aku sgt bz berkerja ye.
Bz. Ehem3. Clear throat. Busy. 
Hehehe.

So,just want to check this app on my new phone. Ngeh3.


So, i'll be writing soon.
Til then.
Daaa~n


thanks!! with love ; ipa faiza.

Tuesday, July 16, 2013

kisah cinta aku.

ASSALAMUALAIKUM.

malam ni pas buka, aku tertidor.
sedar2 dah pkul 12.
mandi, iron baju, minum.

nak menanda. malas la pulak.
sambung baring.
godeh fb, godeh wechat, godeh instagram.

tup.
dapat ilham nak menulis.
sbb ak geram.
ak annoying sgt dgn manusia yg suka wat statement kejam atas situasi yg diorang xtahu.

kisah cinta ak memang x seronok mcm kau.
memang.
ak memang xmcm kau.

ak penah bercinta dgn org indon.
ak penah bercinta dgn bekas banduan.
ak penah bercinta dgn graduan master.
ak penah ada hati pd budak 3 tahun muda dr ak.
ak penah ada hati pd duda anak 2.
ak penah berkasih dgn org 120kg.
ak penah berkasih dgn org xsampai 50kg.
ak penah sayang org bergaji besar.
ak penah sayang dgn org bergaji kecil.

bila ak buka aib ak ni,
adil ke bila ak masih dpt statement.
"tu lah.. cikgu memilih sgt"
"ohh.. kes jual mahal la ni"
"xboleh duk diam pah.. ko kene usaha"

adil ke utk ak?

sepanjang umur ak dah meningkat ni,
ak TAK PERNAH memilih apa pun pekerjaan org.
ak TAK PERNAH pertikai kisah silam org.
ak TAK PERNAH lihat rupa paras.
ak TAK PERNAH kisah status org.

bila dah terus terang mcm ni.
gedebakk.
"ehh. jgn wey. ko kan cikgu. dia xsesuai"
"kita pempuan xleh sembarangan kawan tau"
"ko usaha pun pah. jgn la asik tukar2 lelaki je"

argghhhh!!!
(tarik2 rambut, hentak kaki, jerit kuat2)

alahh. lantak lah sana.
kau xpenah faham ke.
kau xpenah belajar eh?
Qada' dan Qadar.
isu JODOH ni kan kat tangan tuhan.
bukan kat tangan ak.

kalau kat tangan ak.
16 tahun ak dah kawin.
dpt pulak yg tinggi, xgebu sgt, tapi tough.
pandai ngaji, leh ajar ak fekah.
tak takut lipas, katak.
lucu tahap nabil raja lawak.
muka xada jerawat, xada parut, xada kesan2 degil langsung pd kulit.
ada kete wolkwagen beetle kaler itam.
ada umah 13 tingkat. ada lif bagai.
harta dia 7 keturunan xhbes.
belajar tahap PROFESOR gitu.
celebriti Tv pulak.

haaa tengok2.
inilah antara sebab kenapa JODOH bkn kat tangan kita.
merapu nanti. mengarut.
JODOH KETENTUAN ALLAH.
sbb ALLAH xkan bg apa kita nak.
dia akan bg apa kita perlu.

Titik.
Noktah.

haih.
tak faham bila wujud manusia yg
kau kene jadi mcm ak.
kau kene tgok ak.

PERSOALANNYA,
kalau ak jadi kau,
KAU NAK X JADI AKU???




thanks!! with love ; ipa faiza.

Saturday, July 13, 2013

oop puasa ke?

Assalamualaikum.

masuk hari ketiga.
baru nak ucap.
valid lg kan??

ok,
selamat tahan lapar.
selamat tahan minum.
selamat jaga mata, mulut.
selamat jaga hati.
selamat jgn bazir ramadhan.
selamat terawih.
selamat qiamullail.
selamat tahan tido.
selamat beli baju raya.
selamat selamat selamat.

:)


thanks!! with love ; ipa faiza.

Thursday, June 13, 2013

kisah pejabat pos.

ASSALAMUALAIKUM.

aku rasa 1 Malaysia sedia maklum yg pejabat pos ada sediakan perkhidmatan pos laju dan pos ekspress.

jadi. tadi.
aku dtg bwk 1 dokumen.
masuk pejabat pos. nak hantar ke rengit.
bukan kali pertama. seingat ak 3,4 kali. tempat sama.
beratur. xramai. dlm 4 org makhluk.

aku : saya nak wat pos eksress. size A4.
gadis : sampul size 2 da habis.
aku : ha?? habis? jd mcm mane ye. sy urgent nk pos dokumen ni.
gadis : emm memang dh hbes. kene gune sampul sndiri.
aku : sampul sendiri?? sy sblum ni ok je mcm ni. em hbes xdpt pos hari ni ke?
gadis : a.ah. mcm 2 lah, hbes sampul 2 da hbes. (muke mls nk layan, terus attend minah blakang aku)

eh??
pejabat pos tp tak ada smpul surat?
pejabat pos tp tak leh pos?
tak pe lah. mungkin salah ak gak.
aku pun dalam terik menapak mencarik la sampul.
naseb dpt.
kuning coklat2. size A4.

beli. masuk kan dokumen. jilat dan gam.
masuk balik. beratur. xramai org. ada 2 je makhluk.

aku : sy nak wat pos ekspess. yg sampai esok 2. size A4.
gadis : oh nak yg mcm 2 ke. 2 kat atas. (muke kelat, sengih2)
aku : (muke dah lain da. nape xckp dr tadi)
atas bkn untuk byar bil ke? ye laa. ok tak pe.
(ak baru nak pusing)
gadis : eh jap. akak nk hantar mane?
aku : johor jugak.
gadis : johor kat ne.
aku : bt pahat.
gadis : ye lah parit raja ke. bandar.
aku : rengit.
gadis : ohh sy rasa 2 hari bru sampai.
aku : walau gune pos ekspess?? sy x nak wat pos laju.
gadis : iye. pos eksress pun sama jek.
aku : kata dijamin sampai esok?
gadis : tak ada lah! 2,3 hari gakkk..
(nada memerli yg ujung dia nada panjang tu ha)
aku : hm ye lah dik. terima kasih.

HADOI!!!
dalam kes ni. aku ke bdk 2 yg pos yg xbtl.

aku dah state dah aku nak pos eksress. size A4. dari mula lagi.maknanya yg mcm sampul ala-ala kotak 2 kan?
dia jwb habes. gune sampul sendiri.
unacceptable. mcm mane pjbt pos ekspress leh mcm lepas je kata habes. dia kan leh cadang kan size lain.
ibarat g kedai burger, nk order burger tapi daging burger hbes. so kene bwk daging sendiri.

eh??
ok takpe. aku leh tahan.
aku dah adakan sampul.
baru dia boleh sengih2 ckp aku salah kaunter.
HOI!!! Erghh sape pn boleh naik angin kan?
nape tak bgtau aku dr mule2.
tak pun as a human.
say la sorry.
ini tak.
muke ketat. nada memerli. mata melilau atas bwah. tgok jam ko, cincin ko bagai.

eh??
tak pe lah. salah ak gak.
tak tanye dulu kan.
maen assume kaunter sama.
(walhal aku dah penah wat. MEMANG di kaunter yg sama)

nak g lah. tp dia leh lg soal jwb aku mcm ape.
pastuu senang je jwb.
memang tak kan sampai esok punye.
mcm xada rasa t/jawab je.

eh??
bukan tagline korang
DIJAMIN SAMPAI ESOK ke.

dah. malas. penat. panas. haus.
aku blah dari pejabat pos dgn perasaan hampa lagi membengangkan.

psst : aku dah gune perkhidmatan pos ni dah lama. dah byk kali.
service ok. superb je.
tapi yg ni lah. kali ni. paling erghhh sekali.

mungkin hari ni hari malang aku kot.

..suara tak ada
..terlajak tido
..kene sound ngn org opis
..meeting yg haihh susah nk eksplain
..blek 3.30 ptg
..xdpt jugak pos dokumen 2

pfffttt~~~~
o_O


thanks!! with love ; ipa faiza.

Sunday, June 9, 2013

dia hanya kawan.

ASSALAMUALAIKUM.

ada satu kawan.
seronok dengan dia.
dia menyejukkan aku.
dia kenyangkan aku.

yang paling penting.
dia ketawakan aku.

dia baik.
selalu ada bila cuaca aku mendung.
selalu pujuk bila langit aku hujan.
selalu sokong bila awan aku cerah.
selalu tenang bila matahari aku terik.
dia ada.
dan aku suka.

dia comel.
lagi comel dari aku.
dia kata dia suka menyanyi.
eh sama lah mcm aku.
tapi kami bukan lah nak masuk AF.
apatah lg kilauan emas.
cuma suka-suka.

dia matang.
kata-kata dia selalu buat aku terdiam.
pendapat-pendapat dia selalu buat aku terpaku.
pastu aku marah.
aku melenting.
sbb apa dia ckp semuanya betul.
tentang aku.

tapi dia kawan.
hanya kawan.
aku cuba letak dia atas dari kawan.
tapi tak mampu.
tapi tak kuat.

mana silapnya. aku pn xnampak.
mana kurangnya. aku pn xtahu.
tapi aku rasa.
aku rasa dia hanya kawan.

terima kasih untuk masa yang dah terbazir teman aku.
terima kasih untuk jari yang dah lenguh sms aku.
terima kasih untuk hati yang dah ada nama aku.

maaf untuk harapan yg aku dah bagi.
maaf untuk sayang yg aku dah curah.
maaf untuk segalanya.

aku bukan tipu.
harapan aku benar.
sayang aku bkn palsu.
tapi
perasaan aku kuat
hanya kawan.

tapi jgn lah risau kawan.
ALLAH itu Maha Penyayang.
Dia tahu apa yang baik utk hambaNya.
kalau kawan rasa aku terbaik buat pelengkap hidup.
kalau kawan rasa aku terindah untuk dijadikan suri hidup.
doa lah. mintak pada Dia.
usaha lah. mohon pada Dia.
pasti DIA beri.
kalau tak aku.
mungkin yg jauh lebih baik dari aku.
siapa tahu kan?

dan kalau sampai waktu itu.
dan kalau dengan izin Tuhan.
dan kalau dah jodoh aku.

kawan pun boleh jadi suami.
:)

***buat kawan itu, terima kasih.


thanks!! with love ; ipa faiza.

Tuesday, May 14, 2013

GEMILANG sgt sgt.

ASSALAMUALAIKUM
selamat sejahtera ke atas kamu semua.

aku baru lepas keluar dari 3Gemilang.

YA ALLAH.
ak tak pernah rasa seronok masuk kelas ni.
keluar je ak mesti penat sungguh.
sakit-sakit tekak.
lenguh kaki tangan.
hati yang membengkak.
kepala yang bengap.
penyesalan yang tinggi.
dosa yang byk.
sbb hari-hari ada aje maki hamun yang keluar dari mulut aku ni.

lagi-lagi tadi.
musim exam.
seksanya Tuhan aja yg tahu.

belum edar kertas soalan
dah ada beg putus.
air tumpah.
seluar terbukak zip.
baru edar kertas soalan
dah ada yang koyak.
dah ada meja yg terbalik.

ok.
suruh buat.
boleh mula menjawab.
dah huru hara.
cikgu lau xbuat boleh x?
cikgu lau xnak jwb mcm mana?
cikgu ni dia suruh buat karangan ea?
cikgu dia kentut.
cikgu dia pijak kasut sy.
cikgu dia ckp babi.
cikgu dia amek pen sy.

pemadam berterbangan.
kertas soalan yg bru bg tadi,
yang tadi tu
dah jadi kapal terbang.
dah jadi kertas potret lukisan abstrak.

aku jerit
DIAM!!
SIAPA CAKAP CIKGU AMBIK KERTAS DIA.
BALIK LAMBAT LA KAMU.

krik. krik.
2 saat je.

cikgu dia ckp.
cikgu dia pusing2.
cikgu dia ketawa.
ada yg gelak tibe2.
ada yg berdiri duduk semula.
ada yg jalan ke depan tapi patah ke meja semula.

ALLAH!!

last2
SAPE BERCAKAP, SAYA PUKUL MULUT DIA.

krik.krik
5saat.

hey ko tgok aku.
dia ni cikgu.
hey ko tolak aku.
tgok dia ni cikgu.
hey bodoh bak sini pen.
hey babi nak liquid.
hey bongok nak pembaris.

aku dtg.
aku pukul.
PAP PAP kat mulut.
sorang, 2 orang, 3orang, 4orang.
serius sakit jugak tangan.

tiber2 GRRUHHHHH. GURUH.
HARI HUJAN.

habis satu kelas bersorak
YEAY!!! YEAY!!
HUJAN! HUJAN!
siap bangun g tingkap.

aku.
memandang sepi

datang cikgu matematik.
cikgu selepas aku.
lelaki. senior.
dia masuk je.

SENYAP!!!!
HUWARGHHH.
apa salah aku???!!!!!!

YA ALLAH.
berikan aku ketabahan,
kekuatan, kesabaran,
KEIKHLASAN
dalam membimbing
dan mencurah ilmu pada anak-anak muridku
kurniakan aku celik akal
agar aku dapat menjalankan
kaedah-kaedah terbaik
dalam menarik perhatian mereka
dalam menarik perasaan mereka
dalam membentuk minat mereka
untuk cintakan ilmu
sesungguhnya aku insan yang lemah
YA ALLAH.


thanks!! with love ; ipa faiza.

Thursday, May 9, 2013

takde pasal cari pasal.


ipah ni degil tau.
mengade-ngade.

bila dah diam.
dah tenang.
tangan menggatal.
kepala membengong.

bila dah jauh.
dah selamat.
otak mengingat.
fikiran terkenang.

bodoh.
org dah pergi jauh.
aku baru nak start enjin.
tu pun enjinnye mati-mati.

bila dah nampak.
dah tengok.
nafsu cemburu.
hati merindu.

arghhh.
cukup2 lah tu pah.
org tu dah nak bina rumahtangga.
bina masjid bina keluarga.

okeh.
fine.


**ape pn. semoga semua nya selamat. biarlah suri hidup abg tu suri sampai syurga. 







gambar sekadar hiasan. 



thanks!! with love ; ipa faiza.