17 jun 2011 – tamat lah 12 minggu aku menjalankan latihan mengajar dan praktikum kaunseling (LMPK) di smk seri ampangan, seremban. Utk pengetahuan semua lmpk ni wajib tuk kami2 student education UPM tuk hbes kan sem. Kire lmpk ni sebenarnye subjek lah. 8 jam kdt. Hehe. Lau x lulus, maknenye?? Haish. Choy~
Pengalaman praktkal. De y best. Ade y x best. Paling best dpt berkerjasama dgn partner aku. X lain x bukan. Mr fazil. Sgt enjoy berkerja dgn die. Sape sangke kan. X pernah pon terlintas nak partner ngn die. Tp atas masalah2 skit, terjadilah die partner aku. Thanks la beb. Ko mmg best. Siyes. Mesti aku rindu lawak ko nanti. Ayat2 ko y aku dh dengar hamper hari2. Hehe.
“oh. Beginilah kaedahnye”
“ emm down – dgn nada hanya kau je y reti wat"
Dlm 12 minggu ni xde gaduh2, x de masam2 muke. Mmg sempoi. Semua jadik senang jek. Aku wat, ko wat. Aku x wat, ko pun same jek x wat. Haha. Walau pon aku selalu kene dengki ngn ko kan. Smpai terjerit2 aku bile kene tipu. Tp ko mmg terbaekk. Penipuan ko mmg susah nk di hidu oleh aku. Dh selalu kene pon, tetap terkene gak. Haha.
Then. Byk la lagik. Pengalaman kerja kan. Byk sgt. Mcm mane aku nk co-op ngn org2 atasan, ngn org2 pentadbiran. Cam ne aku nk manage schedule. Cam ne aku nk pastikan kerja aku settle on time. Byk laaa. Sgt2 ajar aku sikit2 dunia pekerjaan sebenar.
Oleh kerana aku 2 alam. Cikgu + kaunselor. Pengalaman die lain2.
As a cikgu = byk ajar aku jadi sedikit hati kering tuk jadik tegas + garang. Lau tidak, mak aii. Student pijak pale. Aku mmg kategori org y x pandai marah budak. Bkn ape. Takut termaki~ seraam gak lau dgar cekgu2 y dh lame ni marah budak. Kdg2 bnde dlm kain pon kuar. Tp x leh wat ape jugak. Bdk zmn skrg degil die lain mcm. Hmm. No komen la. Huhu.
Kaunselor = y ni sensitive dkit. Sbb being a school counsellor dpt bukak mate luas2 tentang reality org2 zaman harini. Y keluarga pecah belah lain. y ayah rogol anak lain. y ketagih seks even bru form 1 lain. masyarakat hari ni y sgt sosial dan lari dr agama. Berapa ramai student skolah hari ini y maseh x tahu sembahyang? Y x pernah di ajar sembahyang oleh ayah. Oleh mak. Y pompuan, sesuke hati jek tanggal tudung depan cikgu2. Y lelaki, selumber die jek main mata depan cikgu. Hmm. Realti is reality. Ape2 pon hari2 aku muhasabah diri selepas aku wat sesi ngn student. Learning counselling is to teach myself kan~ aku sgt suke jadi kauselor! Hehe
Overall. Kenangan ni x dpt kt mane2. Akan aku simpan dlm2 kat hati aku y paling hujung sekali. Sampai hujung nyawa aku. InsyaALLAH~
psst : nk upload gambar. tapi tenet x kuat. sedeyh~~ :'((
laporan 1 : zaman praktikal dh habes. yeay~ :)





