sape.folow.aku.bagi.seposen

Tuesday, December 6, 2011

5 sebelum 5.

Assalamualaikum..

“ ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..
sihat sebelum sakit ;
lapang sebelum sempit ;
 kaya sebelum miskin ;
muda sebelum tua ;
 hidup sebelum mati “
 
Aku sgt terkesan dgn satu berita kt dalam utusan Malaysia baru2 ni. Kisah mengenai seorang pesakit kanser kalenjar termuda iaitu Adibah Hassan Noorhadi.


untuk baca berita klik sini


Dia ni junior masa aku kat kolej, tp die grad same time with me sbb course y die amik tu 3 years. Penah bekerja bersama dia. Seorang y sgt cantik, yakin diri. Mula2 aku kenal die aku rasa die ni cam bajet bagus gituu. Tp lame2 bila dh oke. Die sebenarnya org y sgt confident , hormat org, berani, outgoing dan sgt bagus. Aku senang ngn cara dia.

Tapi, bila bace paper tuh. Lagi dgn headline die ‘tiada ubat dan hanya tunggu mati’ betul2 buat aku rasa insaf dan sgt2 ingin aku hargai kehidupan aku dan lebih bermanfaat dan lebih baik.

Sedangkan org yang berada, cantik, yakin, dapat kerja bagus pun boleh dapat penyakit. Ini membuktikan kita ni mmg hanya manusia biasa. Betul2 tidak ada sempurnanya dgn mana-mana insan lain. malang itu tidak berbau. X kan bila dah sakit baru nak jaga kesihatan. Bila dah jatuh baru nak rasa sakit. Bila dah hancur baru nak rasa menyesal. Kita hanya manusia biasa. Bila Allah dah kata ‘kun fayakun’ maka terjadilah sesuatu itu. Kita xde kuasa nak halang. Dan hanya boleh terima dengan redha.

Tapi aku juga belajar. Seteruk mana pon kita rasa dugaan yang dah menimpa kita tuh, teruk lagi org lain. besar lagi dugaan org lain. belajarlah mensyukuri dugaan yang Allah beri. Setiap dugaan itu pasti ada hikmahnya. Ini baru kecewa sikit, dh pikir nak bunuh diri.rasa dunia ni x adil. Rasa kita lah mangsa paling sakit ketika itu. Mana lah letaknya iman kita kan? Jauuuh nye dari cahaya hati bila kita dah boleh pk mcm tuh. Nauzubillah.

Mari lah sama-sama kita berubah menjadi sesuatu yang lebih baik. 

dan sama-sama doakan agar beliau terus tabah. 




thanks!! with love ; ipa faiza.

3 comments:

  1. setiap hari menjadi yang terbaik

    ReplyDelete
  2. thanks kak ipa... Nice Blog..Doakan dib k.. Nice to know you... =) -Adibah Hassan Noorhadi..

    ReplyDelete

sila lah komen. jgn malu2 tau~

:)

pasti akan di reply!